Selangorkini
SELANGOR

MPSp perkasa kecekapan sistem penyampaian maklumat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 1 JUL: Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) memberi keutamaan terhadap kecekapan dan memperkasakan sistem penyampaian maklumatnya bersesuaian dengan kehendak serta keperluan rakyat.

Yang Dipertua MPSp, Puasa Md Taib, berkata pendekatan itu selaras dengan peranan sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara.

“Perkhidmatan PBT memberi gambaran dan persepsi kepada mereka berkenaan perkhidmatan kerajaan secara keseluruhannya sebagai agensi barisan hadapan yang berurusan terus dengan rakyat.

Puasa“Sistem penyampaian maklumat yang cekap menjadi keutamaan kerajaan amnya dan khususnya PBT. Ia selaras dengan kehendak dan keperluan rakyat yang menetapkan kecekapan sistem penyampaian sebagai keutamaan agensi ini,” katanya.

Puasa berkata, perkembangan globalisasi membentuk hala tuju baharu perkhidmatan awam dalam menyampaikan maklumat perkhidmatan kepada rakyat dengan sektor awam berdepan pelbagai cabaran ekoran perubahan persekitaran dan peningkatan ekspektasi rakyat serta komuniti perniagaan.

Katanya, penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mesra pelanggan amat penting dalam usaha membentuk kerajaan mesra rakyat.

“Di bawah gagasan Merakyatkan Perkhidmat Awam (MPA) dyang itetapkan kerajaan, enam prinsip digariskan adalah keterbukaan iaitu minda terbuka dan mudah didekati, musyuwarah (pasang telinga dan buka mata) serta turun padang (penglibatan, penerangan dan ekspektasi jelas).

“Ia turut merangkumi aspek insaniah (keseimbangan rohani), kekitaan (meraikan perbezaan dan mengukuhkan persamaan) serta kerjasama antara awam, swasta dan NGO (perkongsian sumber dan kesepakatan),” katanya.

-NFN-


Pengarang :