Selangorkini
SELANGOR

Pakatan Selangor tak ada masalah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JUL: Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor tidak bermasalah seperti yang dicanang dan didakwa pihak luar, kata Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Chang Khim, berkata urusan Kerajaan Selangor yang melibatkan PKR, PAS dan DAP masih berjalan lancar seperti sebelum ini.

teng-chang-kim“Perbincangan antara parti komponen berjalan dengan baik dan lancar.

“Jika ada masalah, kami tiada di sini bersama-sama untuk jalankan agenda negeri,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Exco Kanan Selangor hadir merasmikan Majlis Pelancaran Bas Selangorku di Stesen Komuter Shah Alam, di sini, hari ini.

Malam tadi, Pakatan dilaporkan mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju gabungan itu di Selangor.

yb iskandar 1Berkongsi kenyataan sama, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, pula berkata Pakatan Selangor tidak pernah berantakan.

“Yang ada masalah itu peringkat pusat. Di Selangor kita baik dan tiada masalah.

“Kami sibuk jalankan tugas dan selesaikan masalah rakyat,” katanya.

-NFN-


Pengarang :