SELANGOR

Paya Jaras catat pemohon, penerima skim HIJRAH tertinggi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 6 JUL: Peniaga di kawasan DUN Paya Jaras merupakan antara pemohon dan penerima skim HIJRAH tertinggi apabila mencatatkan lebih 600 peniaga di kawasan itu.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, ini berikutan pegawai Pejabat DUN Paya Jaras menerima sambutan positif terhadap skim yang ditawarkan Kerajaan Negeri itu.

11403278_646527868780803_8255626147622065079_n“Setiap hari, kita dapat respon cukup banyak di Facebook, whatsapp dan lain. Mereka bertanyakan macam-macam soalan bagaimana nak menyertai skim HIJRAH ini.

“Diharap mereka boleh berdikari selepas ini. Bantuan HIJRAH yang kita beri ini hanya satu batu loncatan untuk mereka ke tahap lebih baik supaya lepas ini lebih mudah nak kembangkan perniagaan dan nak dapat pinjaman bank pun mudah,” kata Mohd Khairuddin ketika merasmikan Majlis Penyerahan Cek HIJRAH Kepada 73 Peniaga di sini.

Tambah beliau, Pejabat Adun Paya Jaras juga mewujudkan mekanisme khas bagi memastikan setiap pemohon dapat latihan lengkap daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) sebelum memohon pinjaman terbabit.

Kata beliau, PWB menyediakan latihan kemahiran seperti memasak, menjahit dan lain-lain yang sesuai dengan bidang perniagaan yang diceburi peniaga terlibat.

“Selepas itu para perserta dibimbing menubuhkan sebuah syarikat enterprise dan menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap,” kata Mohd Khairuddin lagi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Khairuddin menyeru pengundi Paya Jaras supaya menghantar sebarang aduan kepada beliau melalui aplikasi whatsapp bagi melicinkan lagi perkhidmatan beliau terhadap warga Paya Jaras.

“Pada ‘key chain’ yang diedarkan dalam program-program kami ada tertera nombor telefon saya. Tuan puan boleh terus whatsapp.

“Tak perlu orang tengah. Insha-Allah akan diambil perhatian supaya pegawai saya boleh ambil tindakan selanjutnya,” kata Mohd Khairuddin lagi.

EZY


Pengarang :