Selangorkini
SELANGOR

Hospital Shah Alam diharap tiada masalah

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 OGOS: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan menulis surat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengadakan pertemuan untuk mendapatkan maklumat berhubung perkembangan terkini Hospital Shah Alam.

Menurutnya, masih terlalu awal untuk memberikan kenyataan terhadap struktur pembinaan dan beliau menjangkakan tidak ada masalah dan diharapkan kakitangan mencukupi untuk memulakan operasi.

hospital shah alam sketch“Saya sudah menghantar surat sebelum ini untuk membuat lawatan namun masih tidak ada jawapan.

“Saya agak pelik ia terus diselubungi kerahsiaan. Penyerahan kunci diselubungi rahsia. Sepatutnya perkara ini tidak dipolitikkan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya.

Hospital Shah Alam difahamkan menempatkan 300 buah katil dan dijangka beroperasi awal tahun hadapan.

Sebelum itu, pembinaan hospital berkenaan tertangguh begitu lama hingga mengakibatkan kesukaran penduduk di Shah Alam mendapatkan rawatan dan terpaksa pergi ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

EZY


Pengarang :