SELANGOR

Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah Tg Karang terbakar, perlukan bantuan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 OGOS: Pelajar Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah di Tanjung Karang kini ditempatkan di masjid berhampiran ekoran insiden kebakaran yang memusnahkan bangunan utama sekolah itu, malam tadi.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu paparan di Facebook, berkata pihaknya sudah menghulurkan bantuan segera kepada pihak pengurusan sekolah sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian itu.

Maahad Terbakar“LZS turut membantu pembelian pakaian pelajar yang musnah dalam kebakaran bagi meneruskan pembelajaran mereka.

“Manakala bantuan untuk membaikpulih prasarana dan peralatan lain akan diproses setelah proses dokumentasi selesai,” katanya.

Pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu turut menghulurkan bantuan kecemasan seperti pemberian selimut, tikar, bantal dan set kebersihan diri.

Orang ramai yang ingin tampil menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Ustaz Mad (Mudir) di talian 013-370 7271 atau Ustaz Adzim (Guru) di talian 019-254 1274.

11221416_10153480639546221_516394205416238125_nSementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi ketika dihubungi berkata pihaknya sedia maklum mengenai insiden itu dan dijangka akan mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan hari ini.

Bangunan utama maahad tahfiz itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 95 peratus bangunan berkenaan, bagaimanapun tiada sesiapa dilaporkan cedera.

Difahamkan, bangunan dua tingkat itu menempatkan asrama pelajar di tingkat atas manakala bahagian bawah adalah bilik kuliah.

EZY


Pengarang :