Selangorkini
NASIONAL

PKR sedia kerjasama hapus kepincangan BN

Oleh: AFEEQA AFEERA

ALOR SETAR, 14 OGOS: PKR bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menghapuskan kepincangan pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata matlamat itu menjadi keutamaan parti di sebalik konflik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).

“Kita kerjasama dengan semua orang. Kalau nak kata PAS tidak lagi sehaluan, itu kena tanya mereka kerana kita baik-baik sahaja.

wan azizah1“Kita hendak jatuhkan BN kerana banyak kepincangan, itu matlamat utana,” katanya pada Jelajah Amanat Presiden di TH Hotel & Convention Centre, di sini, semalam.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang turut menolak dakwaan Pakatan baru akan dibentuk tanpa penyertaan PAS.

Beliau berkata, perkara itu masih bokeh dirunding dan akan diteruskan dalam perbincangan.

“Tak boleh cakap begitu (tidak mahu PAS), sebab kita bersama.

“Kita mahu fokus kepincangan BN, yang lain-lain akan dirunding,” katanya.

-NFN-


Pengarang :