NASIONAL

Wan Azizah: “Jangan jadi mangsa singa kerana bergaduh”

Oleh: LIZAWATI MADFA

SEREMBAN, 8 OGOS: Perbezaan pandangan politik di kalangan Pakatan Rakyat (Pakatan) bukan alasan untuk berpecah kerana ia memberi peluang kepada musuh untuk melumpuhkan gagasan itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, apa yang lebih penting adalah untuk berganding erat menumbangkan rejim Umno Barisan Nasional (BN).

“Seperti kisah singa yang akhirnya berjaya menumbang seekor kerbau selepas kawanan bergaduh sesama sendiri.

PAKATAN RAKYAT“Saat kawanan kerbau dalam kumpulan, singa itu hanya melihat dan menelan air liur.

“Itulah yang dikatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” pesannya dalam majlis Jelajah Amanat Presiden di sini petang semalam.

Majlis di Hotel One Garden itu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta wakil cabang-cabang Negeri Sembilan.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah turut mengingatkan semua kepentingan bekerja dalam kumpulan bagi mencapai hasrat membela rakyat.

“Tak perlu jatuhkan sesama sendiri kerana perbezaan itu memang ada.

“Seperti krisis Menteri Besar di Selangor dahulu, kita biarkan ‘healing process’, umpama biduk berlalu kiambang bertaut.

“Yang penting bekerja untuk rakyat,” katanya.

EZY


Pengarang :