Selangorkini
SELANGOR

Jerebu tak halang kemeriahan Pesta Tanglung

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 27 SEP: Pesta Tanglung 2015 berlangsung meriah dengan kehadiran semua kaum dalam suasana ceria dan membanggakan walaupun cuaca tidak mengizinkan ekoran jerebu.

Keadaan itu tidak menghalang masyarakat setempat turun memenuhi Laman Sukan USJ 1, di sini, untuk beramah mesra sambil menikmati pesta cahaya, hiburan dan makanan.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata pesta kali ini dianjurkan bersama Pejabat Adun Subang Jaya dan Ahli Parlimen Kelana Jaya serta diadakan sejak enam tahun lalu.

Hannah Yeoh pic“Ia adalah satu-satunya pesta tanglung di Subang Jaya yang diadakan secara besar-besaran.

“Setiap tahun, ia mendapat sambutan. Tahun ini menyaksikan penyertaan lebih 1,000 apabila semua cenderahati ‘goodies bag’ habis diedarkan,” katanya, pada 26 September lalu.

Beliau berkata, pesta tahun ini turut diadakan buat kali pertama di gelanggang berbumbung yang dibina Kerajaan Negeri tahun lalu.

Katanya, persembahan pertunjukan diadakan berkenaan pesta tanglung termasuk persembahan pelbagai kaum dan peringkat usia.

“Kita ada persembahan antaranya daripada warga emas dan kanak-kanak tadika. Dalam pesta kali ini, kita juga mengedarkan topeng muka percuma kepada orang ramai,” katanya.

-NFN-


Pengarang :