SELANGOR

Karnival 3k kembali lagi dengan pelbagai acara menarik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 5 SEP: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) kembali lagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti keagamaan, kesenian, tradisional dan sukan di daerah Petaling pada 11 hingga 12 September depan.

Karnival dua hari di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buluh itu turut memuatkan program keusahawanan, kesukarelaan dan kemasyarakatan .

3K PETALINGLebih menarik lagi, turut disediakan perkhidmatan percuma bagi pertukaran minyak hitam motosikal, rawatan muka dan dandanan rambut wanita.

Ia dijadualkan berlangsung jam 10.30 pagi bermula dengan lawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program.

3K diwujudkan bagi melahirkan keluarga harmoni berlandaskan acuan nilai agama.

Penganjurannya juga bertujuan memperkasa institusi masjid disamping mengetengahkan warisan adat melayu kepada golongan belia.

-NR-


Pengarang :