Selangorkini
SELANGOR

Polis ganggu gerak kerja pentadbiran Selangor

ccsb-ads

Oleh : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 18 SEP: Tindakan polis memanggil beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) termasuk Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk tampil memberi keterangan berhubung perhimpunan Bersih 4, menganggu gerak kerja pentadbiran Selangor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata tindakan itu juga memberi tekanan kepada pemimpin terlibat yang sibuk mengendalikan keperluan dan kebajikan rakyat.

elizabeth wong“Ini adalah satu cara untuk kacau gerak kerja kita. Ia sudah menjadi trend. Ditambah pula dengan soalan-soalan yang tidak masuk akal.

“Ini antara cubaan menakutkan orang ramai,” katanya kepada SelangorKini.

Selain Mohamed Azmin Ali, Elizabeth juga dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung Bersih 4, semalam.

Beliau juga mencadangkan polis untuk turut memanggil pemimpin atau pihak terbabit dengan Himpunan Merah yang dicemari dengan provokatif perkauman.

“Jangan gunakan alasan tidak masuk akal untuk menindas Ahli Politik Pakatan, aktivis mahupun masyarakat sahaja.

“Himpunan sesiapa juga boleh sertai kerana ia asas demokrasi. Tetapi jangan pilih kasih,” katanya.

IMG_6527Mohamed Azmin hari ini hadir di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam Bersih 4 pada hujung bulan lalu.

Beliau hadir di balai polis tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi ditemani peguamnya, N. Surendran, Latheefa Koya, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Yusmadi Yusoff.

-NR-


Pengarang :