Selangorkini
SELANGOR

Wakaf Komuniti tingkat prestasi rukun tetangga

 

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 22 OKT: Persatuan penduduk dan rukun tetangga diseru bergerak lebih proaktif dalam menjaga keselamatan persekitaran setempat.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata inisiatif itu mampu membendung peningkatan kes jenayah yang semakin meruncing.

Katanya, kerjasama dengan polis juga perlu dijalin bagi memudahkan kerja rondaan dan kawalan keselamatan.

PC Hannah Yeoh cat 12 blok flat USJ 6 (3)“Saya sarankan semua menyimpan nombor telefon balai polis terdekat bagi memudahkan aduan kejadian mencurigakan.

“Penduduk juga boleh memainkan peranan menerusi aplikasi telefon pintar seperti Whatsapp bagi membendung jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika merasmikan Wakaf Komuniti Jalan SS15/2E di sini, hari ini.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) itu juga berkata, kewujudan wakaf terbabit bertujuan memberi keselesaan kepada pasukan Rukun Tetangga SS 15/2 dan SS 15/3 berehat ketika bertugas.

“Sebelum ini mereka cuma berehat di bawah payung kecil tetapi kini sudah ada meja dan kerusi yang lebih sesuai.

“Wakaf ini juga berfungsi sebagai pusat aktiviti komuniti di sini,” katanya.

Rukun Tetangga SS 15/2 dan SS 15/3 dianggotai hampir 80 anggota yang kebanyakannya merupakan bekas pesara berumur antara 60 hingga 75 tahun.

-nR-


Pengarang :