Selangorkini
SELANGOR

Adun : Belanjawan 2016 perlu perkasa pengangkutan awam

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan Negeri perlu memberi fokus utama penyediaan pengangkutan awam dalam pembentangan Belanjawan 2016 hujung bulan ini.

Adun Bukit Gasing, R Rajiv mencadangkan Kerajaan Negeri menambah laluan yang menyeluruh supaya dapat menampung permintaan pengguna sekitar Lembah Klang.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukkan untuk membuat kajian menyeluruh dalam isu itu.

Rajiv a“Seperti di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika ini, mereka sedang menyediakan kajian menyeluruh berkenaan laluan supaya rangkaian perjalanan bas lebih lengkap.

“Jadi, untuk itu kita perlukan lebih peruntukkan lantik ‘consultant’ bagi kajian itu dijalankan,” katanya kepada SepangorKini.

Rajiv berkata, Kerajaan Negeri perlu membuat rundingan secara keras dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi merealisasikan inisiatif itu.

“Bagaimana kita berunding dalam isu penstrukturan air, begitu juga dengan SPAD.

“SPAD hanya buat MRT tetapi tidak buat laluan bas yang baik, kita kena lakukan dan fikir cara yang terbaik supaya rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan kadar tol,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Belanjawan 2016 juga perlu meneruskan usaha menyediakan Rumah Mampu Milik.

-nR-


Pengarang :