Selangorkini
NASIONAL

Bangsa lain bangun jati diri, Melayu sibuk angkat ‘kipidap’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 OKT: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan bangsa Melayu gagal menggali semula sejarah petua dan susur galur yang ditinggalkan cerdik pandainya pada masa silam.

Beliau berkata, sesetengah bangsa Melayu lebih tertarik menjadikan Rani Kulup yang tekenal dengan perkataan ‘kipidap dan dongibab’ selain Ali Tinju sebagai ikon mereka ketika masyarakat Jepun juga Jerman berbangga dengan susur galur serta jati diri masing-masing,

mat taib“Sebagai satu bangsa, kita kena ada petua. Jika bergerak dalam gelap, kita tak tahu arah mana nak dituju dan hilang punca. Itu yang menyebabkan kita terpanggil orang seperti ‘kipidap’ dan Ali Tinju jadi ikon tetapi yang sebenarnya tak boleh membangkitkan bangsa kita.

“Lihat balik petua-yang ditinggalkan cerdik pandai masa silam. Masyarakat lain seperti Jepun ada susur galur petua bangsanya.

“Orang Jerman yang terkenal dengan ‘the great race’ juga ada petua bangsanya. Kita juga ada dan perlu gunakan petua ini untuk satukan kekuatan membina bangsa Melayu,” katanya pada program Wacana Pendeta Za’ba: Pemikir Umat Rentas Zaman di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini, semalam.

Katanya, Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad turut meninggalkan petua di dalam karya beliau termasuk buku bertajuk ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’.

kipidapMuhammad berkata, manuskrip buku itu ditemui anak saudara Za’ba tidak berapa lama selepas kematian beliau dan kemudian diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Beliau turut menyarankan semua pemimpin tanpa mengira idelogi politik dan masyarakat membaca serta memahami petua diturunkan Za’ba di dalam buku itu.

“Saya ucapkan syabas kepada Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang melihat balik ke pangkal jalan dan mengenal petua bangsa kita,” katanya.

-NFN-


Pengarang :