Selangorkini
NASIONAL

Jerebu: Sekolah di Semenanjung tutup dua hari

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 OKT: Semua sekolah di Semenanjung Malaysia diarah tutup selama dua hari bermula esok (5 Oktober) ekoran jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara sangat tidak sihat di beberapa negeri.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid , berkata penutupan itu dikecualikan di Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Sabah.

IMG-20151004-WA0000Beliau berkata, sekolah yang ditutup juga tidak perlu menggantikan persekolahan ekoran penutupan itu.

“Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah. Bagaimanapun, sesi persekolahan petang ini bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor berjalan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, peperiksaan PT3, Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Agama (STAM) akan diteruskan mengikut jadual.

“Calon akan dibantu dan diberi peringatan supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berwajib ketika bencana jerebu,” katanya dalam kenyataan.

-NFN-


Pengarang :