Selangorkini
SELANGOR

Karnival Kebudayaan dan Kesenian Orang Asli 2015 erat silaturrahim

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 OKT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan Program Karnival Kebudayaan dan Kesenian Orang Asli 2015, pada 4 Oktober ini.

Pegawai Komunikasi Korporat, Muhammad Azli Miswan, berkata programbertempat di Padang Perkampungan Orang Asli Rasau Hilir, Batu 14, Puchong yang akan bermula sewal jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam .

mpsj“Ia bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara MPSJ bersama komuniti Orang Asal khususnya dan penduduk Puchong.

“Program ini juga landasan bagi mempromosikan Program Green Tourism MPSJ, di samping menjadi landasan perkongsian pengalaman berkenaan budaya dan keunikan tradisi orang asal,” katanya dalam kenyataan media.

Turut hadir bagi menyempurnakan program, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan ia membabitkan lebih 10 pertandingan serta aktiviti menarik.

“Selain itu, kami menyediakan beberapa tapak pameran yang terdiri daripada pelbagai agensi untuk memeriahkan lagi pengunjung yang hadir,” katanya.

-NFN-


Pengarang :