Selangorkini
NASIONAL

Lebih 1,000 sertai himpunan kutuk Israel

SHAH ALAM, 2 OKT : Lebih 1,000 peserta menyertai Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat jam 2 petang tadi.

Himpunan anjuran PAS itu dengan tegas mengecam tindakan jahat Israel berterusan menceroboh Masjid Al-Aqsa.

MASJID JAMEK 1Himpunan yang dipengerusikan Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad itu turut dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad dan Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan.

Pengarah filem, Adam Hamid turut hadir dan diberi kesempatan berucap, lapor portal HarakahDaily.

Sambil menitiskan air mata, Adam mengecam negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang masih membisu terhadap kebiadaban Israel.

-NR-


Pengarang :