Selangorkini
SELANGOR

Lebuhraya EKVE: Lebih 60 syarat ketat pastikan alam sekitar dipelihara

Oleh: LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 9 OKT: Lebih 60 syarat ketat dikenakan terhadap pemaju Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) bagi mengelak pencemaran alam sekitar dan kemusnahan hutan simpan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata antara syarat dikenakan termasuk larangan membina jajaran yang melalui Empangan Klang Gates.

EKVEKatanya, larangan jajaran juga dikeluarkan di aliran sungai bagi menjaga bekalan air di Selangor.

“Langkah ini kita ambil dalam banyak siri perbincangan dengan pihak pemaju.

“Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) memantau ketat pelaksanaan projek ini bagi memastikan pemaju mematuhi syarat ditetapkan,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pecah Tanah MAsjid Zakaria Batu 8 1/2 Gombak di sini tengah hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata jajaran baru melalui Ukay Perdana bagaimanapun mendapat bantahan penduduk.

“Oleh itu beberapa siri perbincangan dengan persatuan penduduk diadakan bagi mencari penyelesaian mengatasi masalah ini,” katanya.

EZY


Pengarang :