Selangorkini
SELANGOR

MBI komited bantu rakyat Kelantan

Oleh: HAFIZAN TAIB

KOTA BHARU, 8 OKT: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) komited membantu rakyat Kelantan yang memerlukan pembelaan dalam pelbagai situasi dihadapi.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali, berkata ia adalah usaha Kerajaan Selangor yang peduli rakyat demi membela kumpulan sasaran melalui misi kemanusiaan yang digerakkan.

ust jaafar 2 web“Kita ingin menghulur bantuan melalui hasil keuntungan diraih Kerajaan Selangor untuk manfaat rakyat yang patut dibantu dan dibela tidak sekadar musibah banjir tetapi dalam keadaan yang lain juga.

“Keuntungan dinikmati tidak bermakna jika tidak dikongsi bersama, ia adalah ujian bagi kita tidak sekadar waktu susah tetapi pada masa senang,” katanya.

Kerjasama dan hubungan baik terjalin antara Kerajaan Selangor dan Kelantan memudahkan misi bantuan digerakkan MBI ke negeri berkenaan.

Usaha MBI juga mendapat perhatian Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohammad Yusoff Hassan, berkata ia mencerminkan kesungguhan dalam usaha mengatasi masalah dihadapi rakyat.

“Apa dipentingkan dan menjadi keutamaan adalah kebajikan rakyat di negeri ini. Ia satu usaha yang baik digerakkan Kerajaan Selangor,” katanya.

Beliau berharap hubungan baik antara kedua-dua Kerajaan Negeri kekal demi manfaat bersama.

-NFN-


Pengarang :