Selangorkini
SELANGOR

MBSA sedia perkhidmatan sewa tong RORO

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 13 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan sewa tong Roll-On Roll-Off (RORO) untuk tujuan pengumpulan semua sisa bahan binaan atau bangunan.

Pegawai Komunikasi Korporat, Shahrin Ahmad, berkata terdapat dua jenis tong RORO yang disediakan iaitu tong RORO tiga tan ybersaiz 9’ panjang x 6’ lebar x 2 ½’ tinggi dan tong RORO tujuh tan bersaiz 18’ panjang x 8’ lebar x 2 ½’ tinggi dengan keduanya ditutup dengan kanvas.

MBSA-Shahrin Ahmad“Kadar bayaran mengikut saiz dan kapasiti yang ditetapkan iaitu tujuh tan RM420 dan tiga tan RM270.

“Inisiatif itu diambil bagi memastikan sisa binaan tidak mengganggu laluan awam dan memastikan pengurusan sampah sisa binaan sistematik serta mengelakkan pembuangan sampah haram,” katanya dalam kenyataan media.

Shahrin berkata, permohonan sewaan tong RORO boleh dibuat melalui Bahagian Pembersihan Awam (BPA), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Wisma MBSA atau hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 03-5510 5133.

“MBSA berharap masalah pembuangan sampah sisa binaan secara tidak teratur akan dapat diatasi, sekali gus boleh membantu menangani masalah sampah haram,” katanya.

-NFN-


Pengarang :