NASIONAL

MOSTI : Monsun Timur Laut bantu pulih jerebu

SHAH ALAM, 21 OKT :Keadaan jerebu rentas sempadan yang menyelubungi negara tidak akan berlarutan sehingga Mac 2016 walapun terdapat fenomena El Nino yang menyebabkan keadaan lebih kering di rantau ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima, Maduis Tangau, berkata hal itu kerana corak tiupan angin mula berubah apabila negara mengalami monsun Timur Laut bermula November depan sekaligus membantu menamatkan jerebu.

Jerebu Satelit“Monsun Timur Laut dengan angin bertiup dari arah timur tidak lagi membawa asap jerebu dari Indonesia ke negara kita walaupun kebakaran hutan di sana dijangka berterusan sehingga Mac 2016,” katanya dalam kenyataan.

Keadaan jerebu dialami sekarang adalah disebabkan kehadiran Taufan Koppu dan Taufan Champi di Timur Filipina.

Katanya, selepas taufan ini melanda daratan, angin akan mula berubah dan keadaan jerebu akan beransur pulih selepas 26 Oktober ini.

-nR-


Pengarang :