Selangorkini
SELANGOR

MPSJ kaji insentif keluarga maut denggi

Oleh : NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 28 OKT : Insentif kepada keluarga maut akibat demam denggi sekitar kawasan seliaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal dikaji.

Yang DiPertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata perkara itu berbincang diperingkat Jawatankuasa Kewangan dalam tempoh terdekat.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“Kita bincang dan kaji cadangan itu kerana mengambil kira keprihatinan MPSJ terhadap keluarga mangsa.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada kelulusan perbincangan dengan Jawatankuasa Kewangan dari segi jumlah dan kewajaran insentif terbabit,” katanya kepada pemberita.

Selain itu, Nor Hisham memaklumkan sebanyak 9,412 kes denggi dilaporkan di kawasan MPSJ bagi tempoh Epid 42 iaitu sehingga 24 Oktober.

Katanya, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding awal tahun lalu.

“Sebelum ini, mingguan kes denggi mencecah lebih 400 kes namun, menurun kepada lebih 100 kes dilaporkan.

“Semua pihak digesa pastikan kawasan premis dan perumahan bebas dari pembiakan aedes dengan laksana kempen 10 minit dan gotong royong,” katanya.

-nR-


Pengarang :