Selangorkini
SELANGOR

MPSJ sasar jadi Bandar Biomass menjelang 2020

AFIX REDZUAN

PUCHONG, 16 OKT:Pusat Biomass Bersepadu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) aktif beroperasi sebagai kemudahan sokongan utama kepada Program Pengurangan Sisa Pepejal.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata objektif utama pusat ini adalah untuk mencapai sasaran pengurangan sisa pepejal yang dilupuskan sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020.

Katanya, hasrat itu juga ingin menjadikan MPSJ sebagai Bandar Biomass 2020 dan perbandaran ‘Vibrant’.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“Konsep sisa kepada hasil di mana sisa organik diproses menjadi kompos. Contoh projek yang menggunakan konsep ini adalah Projek Kompos Sisa Kebun, Projek Kompos Sisa Makanan dan Projek ‘Vermicompost’.

“Manakala konsep sisa kepada tenaga, sisa organik diproses bagi mendapatkan bahan bakar seperti gas metana yang boleh ditukar menjadi tenaga elektrik melalui proses ‘Anaerobic Digestion’,” katanya.

Sejak beroperasi sepenuhnya pada 2013, pusat operasi di Bandar Bukit Puchong itu berjaya menghasilkan produk hijau melalui pengenalan dua konsep sisa kepada hasil (waste-to weatlh) dan sisa kepada tenaga (waste-to-energy).

KeTTHA - MPSJSelangor Kini difahamkan, pusat itu berjaya memproses 50.44 tan sisa organik melalui konsep ‘waste-to weatlh’ merangkumi 34.65 tan sisa kebun, 7.22 tan kaun kering, 8.57 tan sisa makanan sepanjang 2014.

Hasil usaha gigih MPSJ untuk tahun 2015 menyaksikan mereka menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) tunggal yang menerima anugerah Green World Ambassador 2015.

Kejayaan berganda itu hadir selepas mereka memenangni Green Apple Environment Award 2014 melalui inisiatif hijau serta inisiatif Biomass MPSJ.

-NR-


Pengarang :