NASIONAL

NASA beri amaran jerebu 2015 bencana terburuk alam sekitar

SHAH ALAM 5 OKT: Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) memberikan amaran kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu di Malaysia, Singapura dan Indonesia bakal menjadi bencana alam sekitar terburuk dalam sejarah.

Agensi itu meramalkan jika cuaca kering berpanjangan, 2015 bakal meletakkan keadaan jerebu terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang menjejaskan beberapa negara Asean.

12105849_10153047238411512_7604901953089060812_nSaintis di Universiti Columbia yang berpangkalan di NASA’s Goddard Institute for Space Studies,¬†Robert Field, berkata keadaan jerebu di Singapura dan Selatan-Timur Sumatera menyamai keadaan teruk jerebu yang berlaku pada 1997.

“Jika ramalan cuaca panas dan kering berterusan, 2015 dijangka menjadi tahun terburuk dalam rekod sejarah,” katanya dipetik dari laman sesawang NASA.

Sementara itu, saintis meramalkan bencana alam sekitar akibat jerebu itu bakal menyebabkan kerugian kira-kira USD 9 bilion.

Kesan jerebu itu mengganggu persekolahan di Singapura, Malaysia dan Indonesia apabila beribu-ribu sekolah terpaksa ditutup dikhuatiri menjejaskan kesihatan pelajar.

Ia turut memberikan kesan kepada industri penerbangan apabila di beberapa lapangan terbang di negara terlibat terganggu menyebabkan pembatalan dan penjadualan semula penerbangan.

Malahan jarak penglihatan di Selat Melaka turun mendadak sehingga mengganggu aktiviti perkapalan dan perikanan.

BERNAMA melaporkan jerebu yang semakin tebal melanda perairan Perlis menyukarkan hampir 1,500 orang nelayan negeri Perlis keluar mencari rezeki.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 800 nelayan Kuala Perlis dan hampir 700 nelayan Kuala Sungai Baru dan Kuala Sanglang terpaksa mencari alternatif lain jika jerebu tidak beransur pulih.

EZY


Pengarang :