Selangorkini
SELANGOR

Penerima terharu, mengalirkan air mata dapat kerusi roda

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OKT: Penerima bantuan kerusi roda, Tehpura Busu, 59, terharu hingga mengalirkan air mata apabila menerima kemudahan itu daripada Pejabat Adun Batu Tiga.

Tehpura berkata, bantuan tersebut membuktikan keprihatinan Adun Pakatan Rakyat (Pakatan) dan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

TEHPURA“Sangat bersyukur sebab yang menerima bantuan ini bukan orang senang. Mak cik seorang balu yang menghidap banyak penyakit, rasanya dah tak mampu dah sebab duit yang ada nak ubati diri sendiri pun tak cukup.

“Ya Allah, dapat bantuan macam ini bersyukur sangat, meringankan sedikit beban. Terima kasih kepada mereka yang jalankan tugas ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa Pertama dan Sumbangan Golongan Memerlukan yang diadakan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarkat Batu Tiga, Seksyen 23, di sini, semalam.

Sementara itu, penerima bantuan pendidikan untuk anak, Khairuddin Othman, 52, pula berkata, Kerajaan Negeri hari ini lebih mementingkan kebajikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Sebelum 2008, tak dapat sebarang bantuan, tetapi sekarang bila banjir pun ada bantuan.

“Hari ini pula, saya terima bantuan sebab anak saya masuk Universiti Teknologi Malaysia di Skudai. Terima kasih Kerajaan Negeri kerana menghargai rakyat,” kata Khairuddin.

KALLIYANEBagi penerima khairat kematian SMUE, Kalliyane a/p Munisamy, 61, pula berkata, wang yang diterimanya meringankan beban yang terpaksa dipikul selepas kematian suaminya pada Ogos lalu.

“Umur dah lanjut, dah tak boleh berkerja. Selepas suami meninggal dunia saya  terpaksa berpindah ke rumah adik sebab tak ada siapa jaga saya di rumah lama.

“Dengan bantuan ini dapatlah beli barang keperluan saya,” kata Kalliyane yang kini menetap di Seksyen 20, Shah Alam.

-NR-


Pengarang :