Selangorkini
SELANGOR

PNSB wujud bakat muda pemain bola sepak handalan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 OKT: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melancarkan PNSB Young Stars dan Pertandingan Bola Sepak sebagai penjenamaan semula akademi bola sepak yang berusia 10 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omar, berkata penjenamaan semula itu meliputi perubahan stuktur organisasi, sistem kejurulatihan, manual latihan serta pendekatan dalam melahirkan pemain bola sepak.

IMG_0027“Ia juga sebagai usaha program tanggungjawab sosial (CSR) disamping memberi peluang kepada pemain muda menunjukkan bakat.

“Pertandingan ini melibatkan kanak-kanak berumur lapan hingga 16 tahun yang terdiri daripada akademi bola sepak seluruh lembah klang,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Pelancaran PNSB Young Start dan Pertandingan Bola Sepak Jemputan PNSB 2015 bertempat di Stadium Mini Shah Alam, di sini, hari ini.

PNSBSementara itu, Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari, berkata kewujudan hampir satu dekad akademi PNSB itu dapat mencungkil dan menggilap bakat baru untuk terus ke peringkat lebih tinggi.

“Dapat dilihat hasil daripada latihan apabila akademi ini menjuarai Liga Super FAS selama dua tahun berturut-turut.
“Diharap semua peserta kejohanan dapat terus mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya sebagai mewakili Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari.

Sebelum itu, difahamkan Akademi Bola Sepak PNSB bernaung dibawah Kelab Bola Sepak PNSB yang ditubuhkan pada April 2007 bagi memberi ruang dan didikan kepada kanak-kanak remaja bawah 16 tahun.

EZY


Pengarang :