Selangorkini
SELANGOR

RM3.1 juta pertingkat kualiti jalan di Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEGAMBUT, 9 OKT: Kerajaan Negeri membelanjakan RM3.1 juta peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi kerja menurap semula jalan di Kajang termasuk 27 jalan di Sungai Chua.

Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerja menurap jalan itu dilaksanakan melibatkan dua fasa.

Wan Azizah1“Saya turun padang tadi (semalam) mengikuti perkembangan peruntukan MARRIS digunakan di Kajang.

“Kerja ini melibatkan RM1.8 juta pada fasa pertama dan kali ini fasa kedua melibatkan RM1.3 juta lagi membabitkan 27 jalan di Sungai Chua sahaja.

“Antaranya di Taman Desa Kekwa, Taman Kiambang yang dah 15 tahun tak diturap sudah pun siap. Tadi kita lihat kualiti turapan,” kata Dr Wan Azizah pada majlis solat hajat bagi kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesejahteraan negara.

Jelas beliau, kerja menurap lorong di Sungai Chua pula dijalankan sebaik permohonan diluluskan.

“40,000 meter persegi peruntukan yang dah dikeluarkan RM853,746 pada fasa kedua ini sahaja.

“Manakala yang lain itu dah dimohon untuk menurap lorong yang ada pula,” kata Dr Wan Azizah.

Katanya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut memberi jaminan memantau kualiti turapan jalan terlibat.

Selain wakil MPKj, turut serta dalam lawatan itu melibatkan beberapa ketua kampung.

EZY


Pengarang :