Selangorkini
SELANGOR

Selangor suntik RM270,000 perkasa sosio ekonomi OKU

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 OKT: Sejumlah RM270,000 diperuntukkan bagi program pembangunan dan pemberdayaan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pada 2016.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata peruntukan itu tidak termasuk peruntukan disediakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

BELANJAWAN SELANGOR 2016 (1)“Ia adalah usaha Selangor untuk terus membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat termasuk golongan OKU serta warga emas dan kanak-kanak.

“PBT perlu responsif dalam memberikan keselesaan dan memenuhi keperluan dan kemudahan aksesibiliti OKU seperti penyediaan ramp, handrail dan tempat letak kereta khas,” katanya.

Katanya, langkah proaktif perlu dimulakan segera dengan mengenal pasti program pembangunan latihan dan pembelajaran termasuk menambah bahan bacaan braille dan audio diperlukan.

-nR-


Pengarang :