Selangorkini
SELANGOR

Simpan bekalan air, Empangan Batu ditutup Selasa depan

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 OKT: Empangan Batu akan ditutup bagi kerja pembaikan segera ke atas paip bocor serta penggantian kelengkapan kritikal pada 20 Oktober depan.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Amin Lin Abdullah, berkata kerja penyelenggaraan mulai 7 pagi hingga 10 malam itu adalah sebahagian daripada usaha menambah baik kecekapan sistem rawatan air.

syabassKatanya, pengguna di kawasan Gombak dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya, sebelum kerja penyelenggaraan itu dilaksanakan.

“Bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian, bekalan air dari Empangan Batu terpaksa ditutup dan segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian dengan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, antara kawasan kritikal yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah Pusat Dialisis Islah – Taman Bolton, Pusat Dialisis Yayasan ATM Veteran dan Pusat Dialisis MAIWP – PICOMS.

Maklumat lebih lanjut boleh muat turun menerusi aplikasi mySyabas melalui Google Playstore dan AppStore atau melayari www.syabas.com.my, Facebook Syabas ‘puspel’ atau Twitter Syabas ‘puspel syabas’.

-nR-

 


Pengarang :