SELANGOR

Sultan Selangor tarik balik gelaran ‘Datuk Seri’ Khir Toyo

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 OKT:DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Bekas Menteri Besar, Dr Mohammad Khir Toyo pada 2001 berkuatkuasa 30 September lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata penarikan itu berasaskan rekod jenayah Khir menyebabkan beliau tidak layak memegang jawatan Darjah Kebesaran Negeri Selangor.

Mohammed Khusrin Munawi“Sultan memandang berat tentang reputasi penerimaan darjah terutama dalam kalangan pemimpin terlibat masalah tidak berintegriti.

“Mana-mana pihak juga ditegah daripada memanggil beliau menggunakan gelaran berkenaan memandangkan kurnian tersebut dibatalkan,” katanya dalam kenyataan.

Khusrin berkata, penerima darjah seharusnya memelihara status, disamping tidak terlibat dengan perbuatan salah laku jenayah demi melindungi martabat Sultan.

KhirToyoSebelum itu, Khir Toyo di sabit kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan kerana mendapatkan dua lot tanah serta sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lapan tahun lalu.

Beliau menerima hukuman penjara selama 12 bulan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali pada 22 September lalu.

-nR-


Pengarang :