Selangorkini
SELANGOR

‘Tipu’ hidangan daging, empat restoran diambil tindakan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 OKT: Sekurang-kurangnya empat restoran menjual hidangan berasaskan daging diambil tindakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ekoran mencampur aduk bahan asas sajian itu dari kualiti berbeza.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ, Dr Chitra N Vadivellu, berkata tindakan diambil di bawah Seksyen 14 Akta Makanan 1983 melarang penjualan makanan bukan daripada jenis, bahan atau kualiti diminta.

MBPJ“Sampel daripada 10 restoran sudah diambi dan mendapati empat daripadanya memberi keputusan negatif kepada ujian DNA kambing, pada 23 Jun lalu.

“Tiga daripada restoran itu menghidangkan makanan India dan satu lagi restoran India Muslim,” katanya.

Beliau berkata, Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (Primas) memberi alasan harga daging kambing dari Australia lebih murah iaitu RM25 sekilogram dengan belian secara borong.

Sebelum itu, Adun Bukit Gasing, R.Rajiv, berkata beliau menerima banyak aduan dalam tempoh 24 jam mendakwa restoran terbabit menjual hidangan yang kononya daging kambing.

“Ia amat membimbangkan terutama kepada masyarakat Hindu kerana melibatkan faktor keagamaan jika terdapat campuran daging lembu.

“Ia adalah tuduhan yang serius kerana akan menjejaskan restoran lain yang tidak bersalah,” katanya.

-nR-


Pengarang :