Selangorkini
NASIONAL

TPPA: saingan terbuka, syarikat tempatan berisiko ‘gigit jari’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 OKT: Perlaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di Malaysia umpama ‘ular sawa menelan ular lidi’, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad.

Katanya, persetujuan berbuat demikian hanya memberi kelebihan melibatkan kontrak yang ditawarkan kerajaan kepada syarikat gergasi antarabangsa berbanding syarikat tempatan.

ustaz idris ahmad“Hari ini kita lihat ada tender kerajaan yang dibuka, keutamaan diberikan kepada syarikat tempatan tetapi bila TPPA ditandatangani, kerajaan kena terbuka kepada semua syarikat termasuk syarikat gergasi asing.

“Bila berhadapan saingan terbuka, sudah tentu syarikat tempatan kurang mampu bersaing dengan syarikat besar,” kata Naib Presiden PAS itu.

Menurut Idris, dengan temetrainya perjanjian TPPA, ia akan mengikat kerajaan dari memberi sebarang keistimewaan kepada syarikat tempatan termasuk syarikat bumiputra.

Katanya lagi, Kerajaan Persekutuan dan mana-mana Kerajaan Negeri bakal berhadapan risiko disaman sekiranya melanggar perjanjian tersebut seperti yang berlaku dibeberapa negara terdahulu menandatangani TPPA.

“Kebanyakkan syarikat tempatan terutama yang terlibat dalam e-dagang juga tidak mampu menandingi saiz modal yang dimiliki syarikat antarabangsa sekaligus akan memberi kesan negatif kepada pelabur dalam negara,” katanya.

-NR-


Pengarang :