NASIONAL

AMK: Jangan guna wang zakat saman Akmal

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 NOV : Datuk Seri Jamil Khir Baharom diingatkan supaya menggunakan kapasiti dan wang sendiri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia bagi mengelakkan insiden sama berulang apabila beliau dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk kos guaman.

nik nazmi“Pada 2011, Jamil Khir dan dua pegawai MAIWP menggunakan sejumlah RM63,650 wang zakat untuk membiayai kos guaman mereka dalam kes permohonan qazaf Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Wang zakat seperti wang kebajikan juga diamanahkan untuk diagihkan kepada asnaf atau golongan ditetapkan, bukannya untuk kegunaan sang Menteri,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Nik Nazmi turut mengkritik tindakan Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang memberi alasan lemah terhadap bukti dinyatakan.

Beliau turut meminta penyokong menteri itu supaya berhenti memainkan sentimen perkauman dan agama berkenaan kes salah guna terbabit.

“Jika Akmal tidak betul, buktikan beliau salah dan bukannya membakar lagi api perkauman,” katanya.

YaPEIM JAMIL KHIRTerdahulu, Akmal yang juga Pengarah Stragtegi AMK mendakwa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isteri serta rombongannya di Amerika Syarikat (AS) pada Mei 2014.

Bagaimanapun, Jamil Khir menafikan dakwaan itu dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Akmal dan semua media yang menerbitkan dakwaan Akmal.

-nR-


Pengarang :