Selangorkini
SELANGOR

Bandung contohi kejayaan pembangkang urustadbir negeri termaju

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 28 NOV: Walikota Bandung, Indonesia, Mochamad Ridwan Kamil kagum dengan pendirian rakyat Selangor yang memilih pembangkang untuk mentadbir negeri termaju itu sejak 2008.

Katanya, urustadbir Selangor dibawah Pakatan Rakyat memacu pembangunan negeri dengan mengutamakan akauntabiliti dalam pentadbirannya menjadi contoh kepada Bandung.

Walikota Bandung Mochamad Ridwan“Selangor adalah negeri unik kerana ia adalah salah satu dari tiga negeri yang tidak dikuasai Kerajaan (Umno-BN). Uniknya apabila pengundi kekal bersama pembangkang walaupun negeri itu paling hampir dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ia menjadi contoh kepada Bandung dan kami juga ingin belajar dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk pengurusan perbandaran. Cuma sedikit berbeza di Petaling Jaya penduduknya kira-kira 700,000 orang sedangkan di Bandung 2.5 juta penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBPJ dengan Bandung di The Club @ Bukit Utama, di sini semalam.

MOU PJ - BANDUNGSebelum itu Mochamad Ridwan dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain menandatangani MoU yang melibatkan kerjasama dua hala membabitkan dua bandar itu.

Mochamad Ridwan ketika mengulas Mou terbabit turut melahirkan keyakinan persefahaman ini akan membawa dimensi baru hubungan yang lebih erat dan manfaat antara dua belah pihak.

-nR-


Pengarang :