SELANGOR

Kongres AMK : Bebaskan Anwar, Undur Najib antara lima usul diluluskan

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 27 NOV: Perwakilan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) meluluskan lima usul yang dibawa dalam perbahasan Kongres Nasional AMK, semalam.

Lima usul itu dibahas dan diterima seluruh anggota AMK selepas bersidang hampir sejam.

Antara usul adalah mengenai pembebasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan perwakilan Pahang, Muhammad Mustaqim.

KONGRES PKR 2015 - 1Usul itu turut merujuk laporan kerja arbitari persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) yang menegaskan Anwar sebagai tahanan politik negara ini.

Beliau juga menyifatkan segala fitnah yang direka oleh UMNO-BN hanya untuk memusnahkan karier politik Anwar.

“Semua rakyat sudah celik mengenai fitnah ini. Mereka cuba lenyapkan Anwar kerana gerun dengan suara dan kekuatan pada pemimpin itu.

“AMK mengulangi tuntutan rakyat Malaysia agar Anwar dibebaskan segera bagi menyelamatkan Malaysia daripada tangan kotor UMNO-BN,” katanya.

Najib-RMSelain itu, usul mengenai gesaan pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM turut dikemukakan Salehudin Kidin wakil perwakilan Hulu Langat.

Katanya, usul itu merujuk kepada ketempangan urustadbir dibawah Najib pendorong kemerosotan nilai ringgit, skandal RM2.6 billion, hutang 1MDB, penggunaan akta zalim, pendakwaan terpilih

“Anak muda tidak sanggup lagi menunggu dan melihat apa yang akan menimpa negara tercinta ini masa hadapan. Demi rakyat, demi Malaysia, Najib Razak perlu meletak jawatan serta merta,” katanya.

Bagi perwakilan Kelantan pula, Mohd Khairul Amin mengusulkan supaya membebaskan anak muda daripada bebanan kos sara hidup kerana perkara ini membebankan rakyat ditambah pula dengan perlaksanaan GST dan pemotongan subsidi barangan keperluan rakyat.

Antara usul lain adalah memperkukuh pakatan pembangkang yang telah dicadangkan oleh perwakilan Perak, Zaim Zulkifli supaya kerjasama semua parti dalam Pakatan Harapan mampu menjatuhkan UMNO BN.

Usul dicadang perwakilan Sabah, Mohd Fandi untuk bersolidariti dengan perjuangsn rakyat Sabah dan Sarawak.

-nR-


Pengarang :