Selangorkini
SELANGOR

PAS Selangor tekad pastikan Belanjawan 2016 tercapai

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 NOV: Belanjawan Selangor 2016 dilihat sebagai belanjawan lengkap, syumul dan memenuhi keperluan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata belanjawan ini mempersiapkan Kerajaan Negeri untuk berhadapan suasana ekonomi tidak menentu.

Katanya, keprihatinan Kerajaan Negeri dipuji rakyat yang saban hari terhimpit beban ekonomi.

Iskandar Samad“Selangor perlu terus cemerlang dengan pembangunan negeri dipacu ke hadapan tanpa mengabaikan kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar yang juga Exco Kanan Selangor berkata, PAS Selangor berazam untuk memastikan perancangan belanjawan akan tercapai.

Pada 30 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membentangkan Belanjawan 2016 dengan pengagihan 50:50 menerusi anggaran hasil kutipan RM2.25 bilion.

Walaupun mengalami defisit RM630 juta tetapi mencatatkan peningkatan 14.2 peratus.

-nR-


Pengarang :