Selangorkini
SELANGOR

RM3.5 juta laksana program CSR PKNS

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 NOV: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan RM3.65 juta untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang merangkumi pendidikan, komuniti dan sosial.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, berkata PKNS menghulur bantuan melalui 16 program dan enam lagi bakal berlangsung yang dirancang sehingga akhir tahun ini.

2M8A2378“Bantuan diberi merentasi bangsa dan agama seperti program jalinan kasih ke Pusat Jagaan Siddarthan iaitu pusat jagaan kanak-kanak India di Petaling dan Hari Deepavali yang bakal disambut 10 November ini.

“PKNS juga menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan untuk sambutan lain seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Krismas dan ke sempadan negera luar di Kemboja dan Acheh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Dokumen Pemilikan Hartanah Tujuh Asnaf di Hotel De Palma Shah Alam, pada 3 November lalu.

-NFN-


Pengarang :