Selangorkini
NASIONAL

Tian Chua : Kenapa kerajaan tak mohon Polis Interpol tahan Kiram

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mempersoalkan keengganan Kerajaan Malaysia memohon bantuan polis Interpol untuk menahan kumpulan bersenjata Sulu diketuai Jamalul Kiram III yang terlibat dalam serangan terhadap Lahad Datu.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, berkata sebaliknya kerajaan lebih berminat menggunakan isu ini demi kepentingan politik seperti yang berlaku dalam isu gambar melibatkan Nurul Izzah Anwar.

tian“Kita juga tidak pernah meminta supaya keluarga Sultan Kiram dibawa ke Malaysia untuk di dakwa di Mahkamah Malaysia.

“Sepatutnya melalui saluran diplomatik, Malaysia mempunyai hak untuk meminta Interlpol atau pemerintah Filipina menahan mereka yang disyaki melakukan serangan di Lahad Datu untuk dibicarakan di Mahkamah Malaysia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tian turut kesal dengan tindakan kerajaan yang masih tidak mengeluarkan kertas putih berhubung siasatan kes di Lahad Datu.

“Kes Lahad Datu dah lama dan kerajaan janji nak keluarkan kertas putih tetapi sampai sekarang kita masih tak terima kertas putih.

“Perbicaraan terhadap pengganas kes ini juga sampai sekarang masih dijalankan dalam keadaan tertutup dan rakyat tidak mengetahui kisah sebenarnya hingga hari ini,” katanya.


Pengarang :