Selangorkini
SELANGOR

Gelanggang Futsal SS13 berwajah baru

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 4 DIS: Sejumlah RM20,000 diperuntuk Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor bagi menaik taraf gelanggang futsal di Pangsapuri SS13 di sini.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata gelanggang berkenaan dipilih ekoran penggunaannya yang tinggi dalam kalangan penduduk terutama anak muda.

Katanya, kerja naik taraf mula dilakukan pada 2 September dan siap sepenuhnya pada 1 Oktober lalu.

FUTSAL SS13“Kita diminta Kerajaan Negeri untuk memilih mana-mana kemudahan untuk dinaik taraf maka kita memilih gelanggang ini yang mencatatkan rekod penggunaan sangat kerap.

“Diharap dengan fasiliti baru ini, penduduk lebih selesa dan gembira untuk melakukan aktiviti riadah dan sukan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau meninjau gelanggang futsal berkenaan bersama Ahli Majlis, Ken Chia dan beberapa wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1.

Ahli JKP Zon 1, Azlifuddin Mohd Azmin, 50, berpuas hati dengan kerja naik taraf itu dan berterima kasih atas inisiatif Kerajaan Negeri.

“Sejak dibina pada 2008, dua kali kerja naik taraf dilakukan sebelum ini namun hanyalah melibatkan kerja biasa seperti pemasangan pagar.

“Tetapi kini dengan usaha Hannah, kita seolah-olah mendapat gelanggang baru dengan pemasangan pagar lebih tinggi, gelanggang bata yang berkualiti, itu lebih baik,” katanya.


Pengarang :