Selangorkini
SELANGOR

MB: SUK baru angkat sumpah 11 Januari

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 16 DIS : Pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri baru hanya akan diketahui selepas 3 Januari 2016, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika majlis perpisahan Datuk Mohammed Khusrin Munawi di Lobi SUK, di sini hari ini.

KHUSRIN SARA 1“(Pengganti) hanya diketahui selepas 3 Januari, manakala majlis angkat sumpah berlangsung pada 11 Januari,” katanya ringkas.

Ketika ditanya siapakan calon itu, Mohammed Azmin berkata, ia adalah seseorang daripada Selangor.

“(Beliau) anak kelahiran Selangor,” katanya.

Mohammed Khusrin hari ini bersara wajib daripada perkhidmatan awam selepas lima tahun menjawat jawatan itu.

Beliau akan mula bercuti esok sebelum secara rasmi bersara sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2016.

Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1986 dan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai SUK Selangor pada 2011.

Sebelum menjawat jawatan itu, beliau adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

-nR-


Pengarang :