Selangorkini
SELANGOR

MMKN lulus peruntukan Anugerah Sastera Selangorkini

SHAH ALAM 24 DIS: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan peruntukan kewangan untuk pemenang Pemenang Anugerah Sastera Selangorkini.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) akan menyalurkan peruntukan itu kepada Tourism Selangor untuk pembayaran kepada pemenang sebelum hujung tahun.

Beliau menyatakan perkara demikian kepada Selangorkini.

Sebelum ini, hadiah bernilai RM27,000 disediakan Kerajaan Selangor untuk menghargai golongan penulis melalui Hadiah Sastera Selangorkini.

Akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangorkini mengambil inisiatif mewujudkan lembaran seni dan budaya sejak minggu pertama Disember 2014.

Inisiatif itu bertujuan menawarkan tulisan bernilai sastera dan mempunyai kandungan pemikiran bermutu kepada rakyat saban minggu.

Seorang pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah utama bernilai RM5,000, manakala empat karya saguhati RM1,000.

Keputusan pertandingan itu diumumkan pada 8 Disember lalu.

EZY


Pengarang :