Selangorkini
SELANGOR

MPSJ ambil tanggungjawab JKR bina hentian bas

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 4 DIS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) membelanjakan RM54,000 bagi membina hentian bas di Jalan Kewajipan di sini.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata langkah itu bertepatan dengan keperluan mendesak penduduk yang sebelum ini terpaksa menunggu dan berteduh di tangga jejantas.

PC Hannah Yeoh cat 12 blok flat USJ 6 (3)“Jalan ini merupakan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor namun mereka tidak mempunyai peruntukan untuk pembinaan hentian bas.

“Maka MPSJ mengambil tanggungjawab itu dan JKR pula akan menyelenggarakannya,” katanya.

Beliau berkata, kerja membina hentian berkenaan mula dilakukan pada 8 September lalu dan siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2015.

Wakil Jawatankuasa Penduduk Zon 1, Azlifuddin Mohd Azmin, 50, berkata, hentian bas itu pastinya dapat menjamin keselamatan penduduk terutama pengguna pengangkutan awam.

“Dua tahun lepas pernah berlaku kemalangan maut melibatkan pelajar sekolah yang menunggu bas di bahu jalan.

“Diharap dengan adanya hentian ini, penduduk akan memanfaatkannya dengan baik dan dapat mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

-nR-


Pengarang :