Selangorkini
SELANGOR

Perluas program tukar sisa makan jadi baja

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan Pusat Pengkomposan Sisa Makan Pasar Moden Seksyen 6 sebagai inisiatif mengurangkan pembuangan sisa pepejal.

Dato’ Bandarnya, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata projek perintis itu membolehkan sisa makanan diurai menjadi baja organik menggunakan mesin berteknologi hijau.

MBSA KOMPOS“MBSA milik tapak Pasar terbabit sebagai pusat Pengkomposan Sisa Makanan ekoran ia mengeluarkan sisa pepejal tertinggi setiap hari.

“Kita menempatkan dua unit mesin bernilai RM420,000 sejak Oktober lalu bagi mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar akibat sampah sarap dan limpahan air ‘leachate’ serta menjimatkan kos pelupusan yang ditanggung MBSA,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu pelancaran Pusat Pengkomposan Sisa Makan Pasar Moden Seksyen 6, di sini, hari ini.

Difahamkan, MBSA merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang melaksanakna program itu dengan kerjasama dari Syarikat Mentari Eko Sdn. Bhd.

Mesin tersebut boleh menampung sisa sayur, ikan dan buah seberat 250 kilogram dan berkeupayaan memproses sisa pepejal tersebut selama 12 jam untuk menghasilkan baja kompos.

MBSA KOMPOS 1Katanya, laporan rekod sampah yang diperoleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam mendapati sisa pepejal mencatatkan pengurangan kepada 58.5 tan berbanding Oktober sejumlah 63.3 tan.

“Kita dapat menjimatkan kos pelupusan sampah hampir RM1,936 sebulan.

“Kita juga berhasrat untuk memperluaskan penggunaan mesin pengkomposan tersebut di setiap pasar dan gerai milik MBSA disamping mengkomersilkan baja organik yang terhasil,” katanya.

-nR-


Pengarang :