Selangorkini
SELANGOR

Red Giants janji pamer aksi terbaik tumbangkan Kedah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 8 DIS: Selangor bertekad memberikan aksi terbaik seterusnya menjuarai Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 12 Disember ini.

Bagaimanapun, jurulatihnya, Mehmet Durakovic mengakui ia bukan tugas mudah berhadapan dengan juara Liga Perdana 2015, Kedah, yang sudah membuktikan kehebatan sebagai salah sebuah pasukan bola sepak terbaik di negara ini.

“Kedah pasukan bagus dan sudah mengalahkan pasukan pencabar yang bagus. Ia pasti sukar untuk menundukkan mereka nanti.

Red Giants“Untuk itu Red Giants akan berusaha keras termasuk membuat persiapan rapi bagi menghadapi cabaran ini,” katanya.

Beliau berkata, Selangor dibarisi ramai pemain muda dan penuh bersemangat untuk aksi penentu tentunya akan menggunakan peluang terbaik itu bagi merealisasikan impian semua termasuk penyokong.

Katanya, sebagai persiapan, pasukan akan menggiatkan latihan termasuk merangka strategi tertentu.

“Saya yakin mereka memberikan yang terbaik dalam perlawanan akhir nanti seperti mana ditunjukkan di sepanjang musim ini.

Mehmet“Walapun tiada pemain bertaraf bintang tetapi mereka membuktikan mampu mengatasi lawan dengan aksi cemerlang,” katanya.

Mehmet pernah beraksi bersama Selangor dan menikmati saat gemilang apabila menjuarai Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut dari 1995 hingga 1997.

Gergasi Merah menjuarai piala keagungan bolasepak tempatan 32 kali dengan yang terakhir pada 2005 berharap mampu muncul juara tahun ini bagi melengkapkan ‘Misi 33’.

EZY


Pengarang :