Selangorkini
SELANGOR

Simpan air, SYABAS naik taraf sistem paip Sabak Bernam 16 Disember

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 DIS: Pengguna di beberapa kawasan di Sabak Bernam dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 16 Disember ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Amin Lin Abdullah, berkata kerja menambah baik kecekapan sistem bekalan air akan dijalankan pada tarikh itu.

Katanya, kerja berkaitan akan dijalankan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

GANGGUAN BEKALAN AIR“Bekalan air ke kawasan terbabit terpaksa dipotong untuk membolehkan kerja naik taraf disiapkan secepat mungkin.

“Segala kesulitan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan.

Antara kawasan yang terjejas adalah Taman Setia Jaya, Taman Padu Permai, Taman Nirwana, Taman Makmur dan Taman Cahaya.

Kawasan lain termasuk Taman Desa Indah, Taman Bakti, Kampung Mahmudin, Institut Latihan Perakaunan Negara dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi.

Untuk senarai penuh dan maklumat lanjut, pengguna boleh muat turun aplikasi mySYABAS menerusi Google Playstore dan Appstore.

Selain itu, pengguna juga boleh layari laman web rasmi di www.syabas.com.my, Facebook SYABAS ‘puspel’ atau Twitter SYABAS ‘puspel syabas’.

-nR-


Pengarang :