Selangorkini
SELANGOR

Terminologi ‘Rumah Mampu Milik’ lahir di Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 DIS: Terminologi ‘rumah mampu milik’ yang mula-mula diperkenalkan Kerajaan Selangor pada 2009 lagi membuktikan kerajaan negeri termaju itu sentiasa berada selangkah di hadapan berbanding Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

Exco Perumahan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata terminologi sama kemudiannya mula diguna pakai secara meluas termasuk projek perumahan rumah mampu milik yang diusahakan Kerajaan Persekutuan, PR1MA dan negeri lain.

Katanya, ia membuktikan Kerajaan Selangor sentiasa selangkah di hadapan dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat termasuk dalam isu perumahan.

YB Iskandar 1“Bermula di Selangor, Kerajaan Negeri melahirkan idea mengusahakan rumah kategori mampu milik, malahan terminologi rumah mampu milik (RMM) itu sendiri, Selangor yang mula-mula perkenalkan.

“Pertama guna terminologi ‘rumah mampu milik’ adalah di Bangi pada awal Jun 2011. Beberapa bulan selepas itu, ia menjadi ikutan apabila Kerajaan Persekutuan melancarkan projek RMM mereka,” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.

Katanya, RMM (Rumah Selangorku) yang diusahakan Kerajaan Negeri yangditawarkan pada harga RM42,000 hingga RM250,000 juga lebih berpatutan dan realistik berbanding rumah PR1MA yang mencecah sehingga RM400,000.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (1)Jelasnya, harga yang ditawarkan itu merupakan antara faktor menjadikan Rumah Selangorku yang dilancarkan tahun ini mendapat sambutan menggalakkan oleh masyarakat yang mengimpikan kediaman sendiri.

“Pada awal 2015 kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 15,000 unit rumah mampu milik dibina tahun ini tetapi sasaran itu dinaikan kepada 20,000 unit selepas mendapati hampir 15,000 unit berjaya dilancarkan dalam hanya beberapa bulan sahaja,” kata Iskandar lagi.

-nR-


Pengarang :