Selangorkini
NASIONAL

Tian Chua: Tiada yang selamat selaku Timbalan Presiden UMNO

ccsb-ads

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 DIS: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua secara sinis menyifatkan individu yang menduduki ‘kerusi panas’ Timbalan Presiden UMNO biasanya tidak selamat dan naik menerajui parti secara lancar.

Katanya, budaya diamalkan Presiden, Datuk Seri Najib Razak lebih ‘menekan’ suara pengkritik seperti yang berlaku kini.

tian“Mengikut sejarah Umno, Timbalan (Presiden) semua tidak selamat. Tidak ada individu yang naik menjadi ketua (presiden) secara lancar. Itu gejala yang berlaku.

“Nampaknya, Najib tidak membenarkan sebarang suara kritikan bagi memudahkan beliau mengawal perkara itu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin yang merasakan bahawa beliau mungkin akan menjadi bahan celaan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Antara pemimpin yang pernah memegang jawatan itu adalah Tun Musa Hitam (kini Tun) dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UMNO BN 55Katanya, penyokong UMNO perlu membuat pilihan sama ada untuk kekal bersama parti itu atau menyertai landasan lebih besar susulan konflik yang melanda kini.

Beliau berkata, perjuangan UMNO semakin tidak relevan hingga menghalang suara kritikan kedengaran.

Namun, katanya, masalah dalaman UMNO tidak semestinya memberikan keuntungan kepada sesiapa termasuk pembangkang sebaliknya pemimpin perlu memikirkan cara menyelamatkan ekonomi negara buat masa sekarang.

-NFN-


Pengarang :