Selangorkini
SELANGOR

i-Kajang permudah orang ramai lapor aduan

OLEH: AFIX REDZUAN

KAJANG, 4 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memperkenalkan aplikasi i-Kajang bagi memudahkan orang awam mengemukakan aduan secara terus tanpa sebarang bayaran.

Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar, berkata aplikasi yang boleh dicapai dengan memuat turun daripada telefon pintar itu merupakan inisiatif terbaru selari mengikut perkembangan teknologi laman sosial masa kini.

Perasmian Bas Smart Selangor di Kajang oleh MB Azmin (ASRI) (1)“Orang ramai kini digalakkan melaporkan secara spontan kejadian atau masalah berhubung perbandaran seperti tanah runtuh, lampu jalan rosak atau banjir.

“Ia juga membantu dan memudahkan MPKj dalam melaksanakan tugasan melalui maklumat bersumberkan kepada orang awam,” katanya.

Majlis perasmian aplikasi itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko.

IkajangMohd Sayuthi berkata, aplikasi i-Kajang menjimatkan kos operasi MPKj dengan membantu mengurangkan tenaga kerja.

Katanya selain itu capaian maklumat pantas bakal diperoleh dan meningkatkan kesedaran sivik kepada orang awam.

EZY


Pengarang :