Selangorkini
SELANGOR

MB: Biasiswa dipotong, menteri mewah tutup mata

Oleh: NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 23 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dibidas susulan arahannya mengkaji semula pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata lebih mengecewakan apabila Najib langsung tidak melakukan pemotongan peruntukan Belanjawan 2016 yang bersifat mewah.

MB Azmin“Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan membatalkan 700 biasiswa anak-anak kita di bawah JPA.

“Persoalannya mengapa pendidikan yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melahirkan pelajar berilmu dan bersaing dipotong, tetapi perbelanjaan mewah lain tidak disentuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Kepada Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan di Dewan Serbaguna, di sini.

Terdahulu, laporan media menyebut bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil langkah merombak semula Belanjawan 2016 susulan kemerosotan ekonomi negara.

Ia juga dipengaruhi kejatuhan nilai ringgit dan minyak mentah dunia.

-AA-


Pengarang :