Media Selangor jadi media rasmi FAS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Media Selangor jadi media rasmi FAS

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 JAN: Media Selangor diangkat sebagai media rasmi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk kempen Liga Malaysia musim ini serta program pembangunan bola sepak di Selangor.

Pengurus Selangor, Amirudin Shari, berkata keputusan itu dibuat selaras dengan peranan agensi media terbabit sebagai lidah rasmi Kerajaan Negeri.


Skini“Ia pastinya memberi kelebihan apabila hebahan media tersiar menerusi SelangorKini dan TVSelangor mengenai perkembangan dan perlawanan membabitkan Red Giants dalam kejohanan bola sepak tempatan serta antarabangsa termasuk pembangunan bola sepak Selangor.

“Satu jawatankuasa juga dibentuk bagi melancarkan gerak kerja dan proses penyiaran berita,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan itu mempengerusikan mesyuarat berhubung perkara terbabit di sini.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat garis panduan berkaitan perkara itu bagi kemudahan semua termasuk media.

tvsSelangor dijangka mengadakan majlis pelancaran pasukan bagi Liga Super musim ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, pada 6 Februari ini.

“Ia majlis memperkenalkan pegawai, pemain dan semua dalam pasukan termasuk perkara berkaitan seperti jersi dan lagu rasmi Red Giants,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION