Selangorkini
SELANGOR

Sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Teratai meriah

CHERAS, 15 JAN : Sambutan Maulidur Rasul di DUN Teratai kali ini meriah dengan program karnival dan pameran yang ditaja Adun Teratai, Tiew Way Keng dengan kerjasama lebih 20 agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Antara agensi yang hadir pada hari itu adalah Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat, Perhilitan Wilayah, TAWAS, JPAM Kuala Lumpur, MAPIM, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Suruhanjaya Pilihanraya dan Lembaga Perpustakaan Negeri Selangor.

a4Masjid Nurussa’adah Kampung Cheras Baru, Cheras merupakan tuan rumah untuk Karnival Maulidur Rasul Peringkat DUN Teratai ini.

Masjid ini sebagai institusi ibadah dan berperanan sebagai pusat komuniti masyarakat kariah ini.

Pihak pengurusan masjid akan sentiasa mempromosi masjid sebagai wadah penyatuan umah dan tempat tumpuan sehentian masyarakat (one stop centre).

Karnival Maulidur Rasul ini merupakan aktiviti bagi merealisasikan misi dan visi masjid ini.

Sebanyak lapan kontijen menyertai perarakan Maulidur Rasul tahun ini yang kesemuanya dari sekolah, surau dan persatuan penduduk di sekitar DUN Teratai.

Hadiah Utama berupa wang RM1,000 dijuarai oleh Kontijen Surau Pangsapuri Intan yang berbaju sedondon berwarna coklat dan berbunga biru.

Kontijen yang disertai oleh 81 orang peserta ini merupakan juara bertahan tahun lalu.

Tempat kedua dimenangi oleh Kontijen Mawardah dan Masjid yang disertai oleh anak-anak yatim dibawah program Masjid Nurussa’adah seramai 85 orang.

Manakala tempat ketiga dimenangi Madrasah Bukit Permai, Ampang.

EZY


Pengarang :